PADANG SERAI: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menasihati Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk tidak memutar belit cerita berhubung pembentukan kerajaan negeri Pahang dengan memburukkan imej parti itu.
Menurut beliau, kisah pembentukan kerajaan negeri Pahang telah menjadi satu bukti bahawa PN negeri itu telah mengamalkan sikap tolak ansur namun dibalas dengan kesombongan Barisan Nasional (BN) yang mahukan Pakatan Harapan (PH) bersama di dalam pentadbiran meskipun komposisi tertinggi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) memihak kepada PN.
"Ceritanya (di Pahang ini adalah) betapa kami (Perikatan Nasional mengamalkan sikap) bertolak ansur, itu mesej (utamanya), punyalah (PN) bertolak ansur, (hendak) ke situ boleh, ke situ (pun) boleh.
"Jadi Datuk Seri Wan Rosdy jangan memutar belit cerita (perundingan itu) itu, cerita (sebenar adalah) betapa kami bertolak ansur dengan Barisan Nasional, itu cerita yang sebenar.
"Cerita yang sebenar juga adalah betapa sombong Datuk Seri Wan Rosdy (Wan Ismail) apabila (di dalam) pusingan ketiga perbincangan dengan (Timbalan Presiden Pas), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengatakan (bahawa) BN (akan menjadi) Menteri Besar dan dua kerusi Exco (diberikan) kepada PH, satu kepada PN,
"(Kalau) itu (berlaku), lebih baik tidak payah hendak berunding, orang (yang menang) 17 kerusi (DUN) boleh dapat satu Exco, orang (yang menang) lapan kerusi dapat dua Exco, tidak ada logik dalam dunia mengatakan begitu," kata Saifuddin.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas kempen PN bersama calon Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin di Taman Mahsuri, di sini, pada Khamis (semalam).
Pada Khamis, Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy dilaporkan berkata, keputusan BN memilih PH untuk membentuk kerajaan negeri kerana blok politik itu sedia bekerjasama tanpa meletakkan sebarang syarat supaya kerajaan negeri ditubuhkan segera demi kestabilan rakyat.
Beliau berkata, Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Menteri Besar Selangor menghubunginya selepas keputusan muktamad Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang tergantung selepas tiada blok politik memperoleh majoriti mudah, yang berlaku buat pertama kali di negeri ini.
Selain PH, Wan Rosdy yang juga Pengerusi BN Pahang berkata, turut dihubungi oleh PN untuk berbincang mengenai pembentukan kerajaan negeri, namun PN yang diwakili Tuan Ibrahim didakwa meletakkan beberapa syarat bagi tujuan itu.
Antara syarat itu ialah Wan Rosdy diberi jawatan menteri penuh bertaraf Senator, manakala jawatan Menteri Besar dan Yang Dipertua DUN diberi kepada PN, sementara Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dibahagi secara sama rata dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan juga diberikan kepada PN.
Abd Hadi Che Awang
Fri Dec 02 2022
Datuk Seri Saifuddin Abdullah menasihati Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk tidak memutar belit cerita berhubung pembentukan kerajaan negeri Pahang dengan memburukkan imej parti itu. - Gambar Astro AWANI
Bulan pemutihan PERKESO dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh pendaftaran dan caruman pekerja dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Bulan Pemutihan yang berakhir esok dilanjutkan selama sebulan lagi hingga 30 Jun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Kawasan rumah tidak lagi sama, tiada lagi senyuman - penduduk
Seorang penduduk Palestin, Ikram Al Ham menzahirkan kesedihan melihat kawasan perumahannya di Khan Younis, Gaza tidak lagi sama seperti dahulu selepas rejim Israel membedil kawasan itu sehingga musnah.
Penduduk Chicago berhimpun bantah serangan kejam Israel
Ratusan penduduk berarak di Chicago untuk membantah serangan kejam Israel di bandar Rafah pada Rabu.
Malaysia kekal tempat pertama destinasi utama pelancong Muslim 2024
Malaysia terus mengekalkan kedudukan teratas untuk kali kesembilan dalam laporan Indeks Perjalanan Global Muslim (GMTI) 2024 oleh Crescentrating dan Mastercard yang dikeluarkan pada Khamis.
IWK sasar hasil tenaga solar 21,500 MWh menjelang 2027
Indah Water Konsortium (IWK) menyasarkan penghasilan tenaga solar sebanyak 21,500 MWh setahun menjelang 2027.
Penuntut universiti luar negara lebih faham, aktif sebar
Penuntut universiti di negara barat dilihat lebih aktif dan konsisten menganjurkan demonstrasi membantah serangan Israel kerana memiliki pemahaman lebih mendalam mengenai kekejaman rejim Israel termasuk membentuk generasi prihatin terhadap isu-isu Palestin.
FIFA lakukan penilaian penambahbaikan stadium di Indonesia
Badan induk bola sepak dunia itu berkata satu delegasi pakar melawat dan menilai lapan stadium berkenaan sebagai sebahagian daripada Memorandum Persefahaman (MoU) FIFA dengan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI).
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang Rabu di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus
Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus pada Khamis, memuntahkan abu mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung
Pegawai penguat kuasa terlibat seludup sisik tenggiling akan didakwa esok - SPRM
Seorang pegawai penguat kuasa yang terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pelupusan sisik tenggiling antarabangsa melalui pintu masuk negara akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, pada Jumaat.
Titah Adendum: MB Pahang sokong permohonan Najib isu tahanan rumah
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengikrarkan perkara itu menerusi firma guaman, Tetuan Shafee & Co, di Mahkamah Tinggi, pada Selasa minggu lalu.
Pahang tubuh jawatankuasa pastikan buah, sayur selamat di pasaran
Penubuhan Jawatankuasa Kawalan Keselamatan Penggunaan Racun Makhluk Perosak Dalam Sayur Dan Buah Negeri Pahang itu dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) semalam.
Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.
Kenyataan dakwa agama Islam terancam cetus persepsi buruk - MB Pahang
Dakwaan kononnya agama Islam terancam dan Pahang merupakan negeri sekular merupakan kenyataan yang mencetuskan persepsi buruk serta boleh memecahbelahkan keharmonian rakyat di negeri ini.
Lebih RM141 juta dibelanjakan untuk Bantuan Prihatin Pahang - MB
Kerajaan Pahang telah membelanjakan lebih RM141 juta bagi program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bermula 2020 sehingga kini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Nasihat Wan Rosdy kepada ahli UMNO: “Ikhlas sertai parti, buang sikap pentingkan diri”
Sikap pentingkan diri menjadi masalah dalaman parti dan andai dibiarkan boleh merosakkan keutuhan UMNO.
103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan
Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kerajaan Pahang biaya kos rawatan penjawat awam negeri, pesara di SASMEC@IIUM
Kerajaan Pahang akan membiayai kos rawatan penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam negeri itu di SASMEC@IIUM, Kuantan bermula bulan ini.